Hobi Mengumpul Matawang Lama dan Baru , Sampul Surat Hari Pertama , Stem dan Barangan Antik. Koleksi yang dipamerkan disini hanyalah untuk tatapan pengunjung-pengunjung serta follower blog ini , rakan-rakan numis , ahli keluarga. Semoga photo yang dipamerkan dapat memberikan sesuatu yang bermanafaat kepada anda dan terimalah seadanya...enjoy .
Khamis, 16 Februari 2012
Perhiasan Wanita Melayu
Sepasang subang yang diperbuat daripada emas bertatahkan permata. Sungguh halus hasil kraftangan tukang emas pada waktu itu..
Perhiasan Wanita Melayu
Loket yang mana asalnya merupakan duit syiling emas . Kemungkinan di keluarkan di Amerika Syarikat berdasarkan perkataan yang tertera di sebelah belakangnya United States of America tahun 1907. Telah diubah suai dengan meletakan emas tambahan berbentuk pokok padi dikiri dan kanan dan diatasnya mahkota diraja. Lambang pokok padi begini banyak kelihatan di Negeri Kedah Darul Aman.
Perhiasan Wanita Melayu
Kerongsang baju kebaya yang digunakan oleh wanita-wanita Melayu zaman dahulu. Hasil kerjatangan yang halus dan teliti mengunakan emas pound . Pada pandangan saya keronsang sebegini tidak digunakan lagi
di zaman ini.
Matawang Malaysia seribu Ringgit
3rd series 1976-1981 Prefix A/1 dicetak oleh Bradbury Wilkinson
Gabenur : TUN ISMAIL MOHAMED ALI
7th series 1995-1998 Prefix ZY - ZA dicetak oleh Giesecke & Devrient
Gabenor : TAN SRI AHMAD MOHD DON
Hanya Sekadar Photo - Wang ini telahpun dijual entah siapa pemiliknya buat masa kini.!
Ahad, 12 Februari 2012
Langgan:
Catatan (Atom)